Pelakon yang namanya semakin meningkat naik, Elisya Sandha khabarnya kini meluangkan masa belajar memasak dengan ibu kekasih hatinya yang juga pelakon dan penerbit drama terkenal, Sheila Rusly.
Dia yang baru-baru ini menuntut ilmu memasak karipap sardin dengan sutradara itu telah memuat naik foto sepanjang aktiviti berlangsung.
Malah, Sheila Rusly turut memuat naik gambar mereka berdua bersama ahli keluarga yang lain menikmati juadah yang dimasak bersama-sama itu.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Elisya Sandha yang kini difahamkan sedang menyulam cinta bersama anak lelaki Sheila iaitu Uzair Haqimy sempat mengucapkan terima kasih di atas perkongsian ilmu masakan yang diberikan bekas pengacara program Ketuk-Ketuk Ramadhan itu.
The post Belajar Masak Karipap Sardin Dengan Sheila Rusly, Elisha Sandha Ucap Terima Kasih first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments