#Hiburan: Kontak Rapat Dengan Pesakit COVID-19, Haqiem Rusli Negatif Setelah Jalani Ujian Saringan

Penyanyi dan juga komposer lagu, Haqiem Rusli memberitahu bahawa dia telah disahkan negatif wabak COVID-19 setelah menjalani ujian saringan pada pagi kelmarin.

Haqiem RusliSumber : Google  

Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli,23, juga telah berkongsikan sebuah video pendek sepanjang dia menjalani ujian calitan (swab test) itu menerusi akaun Instagramnnya untuk tatapan peminat.

Advertisement

Sebelum ini, Haqiem mengumumkan bahawa salah seorang daripada pihak pengurusannya telah disahkan positif COVID-19 sekaligus menjadikan dia sebagai kontak rapat kepada pesakit yang juga merangkap pengurus aktiviti seninya itu.

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa syukur apabila Artis Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 ini telah disahkan bebas daripada penyakit itu.

The post Kontak Rapat Dengan Pesakit COVID-19, Haqiem Rusli Negatif Setelah Jalani Ujian Saringan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments