#Hiburan: Anak-Anak Tak Ambil Kisah, Rita Rudaini Kata Anak Tak Terkesan Isu Nafkah Dengan Bekas Suami

Kecoh seketika di media sosial apabila pelakon Rita Rudaini dan bekas suami iaitu Aidil Zafuan bertelingkah mengenai isu nafkah anak-anak hasil perkahwinan mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Rita Rudaini dan anak-anakSumber : Instagram Rita Rudaini  

Berikutan itu, ramai peminat pastinya tertanya-tanya bagaimana pula keadaan emosi kedua anak pasangan ini dalam menghadapi kemelut yang seolah tiada berkesudahan ini.

Advertisement

Namun begitu, Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar berkata, kedua anak kesayangannya itu tidak ambil kisah dengan apa yang berlaku dan meneruskan hidup seperti biasa.

Tambahnya lagi, Rayyan dan Arjuna tabah menghadapi dugaan ini kerana sempurna didikan agama.

View this post on Instagram

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

“Tengok mak depa la..anak-anak saya tak terkesan sikit pun, depa tak ambil kisah. Depa kuat macam mak depa..nak tahu rahsianya? Ajar anak-anak hal agama, Insya-Allah.”

Rita memberikan jawapan itu apabila ada seorang individu tampil bertanyakan mengenai emosi dan juga penerimaan kedua anaknya mengenai isu ini.

Screenshot RitaSumber : Instagram Rita Rudaini  

Sebelum ini, industri hiburan kembali panas apabila pelakon drama Kutub Utara Kutub Selatan itu mendedahkan sikap bekas suaminya itu yang tidak cakna mengenai pemberian nafkah sejak mereka berdua bercerai.

Mengimbas kembali, Rita dan Aidil telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 sebelum bercerai pada September 2013. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata yang masing-masing kini berusia 12 dan 10 tahun dan berada di bawah jagaan Rita pada ketika ini.

The post Anak-Anak Tak Ambil Kisah, Rita Rudaini Kata Anak Tak Terkesan Isu Nafkah Dengan Bekas Suami first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments