#Hiburan: (TAHNIAH) Datuk Awie Dan Isteri Selamat Timang Cahaya Mata Lelaki Ke-6, Isnin Lalu

Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie mengumumkan khabar gembira apabila dia dan isteri, Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin telah menimang cahaya mata ke-6 iaitu bayi lelaki pada hari Isnin yang lalu.

Awie dan isteriSumber : Instagram Awie  

Difahamkan penyanyi rock lagenda itu telah menghebahkan mengenai perkara tersebut menerusi akaun media sosialnya iaitu Facebook untuk pengetahuan peminat.

Advertisement

Awie juga sempat mengucapkan terima kasih di atas kesemua doa yang dititipkan peminat sepanjang tempoh kehamilan sebelum ini.

Facebook AwieSumber : Facebook Awie  

“Alhamdullilah, terima kasih di atas doa semua. Ibu dan bayi kedua-duanya sihat. Terima kasih sekali lagi kepada yang telah memberikan ucapan tahniah dan selamat.”

Meninjau ruangan komen, ramai peminat dan pengikut tampil mengucapkan tahniah dan turut mendoakan agar isteri dan bayi berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Sekadar info, Datuk Awie dan isterinya telah mendirikan rumah tangga pada Oktober 2016 dan kelahiran bayi lelaki ini merupakan cahaya mata pertama mereka berdua sejak mendirikan rumah tangga. Awie sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Arni Nazira dan Rozana Misbun sebelum bercerai dan hasil perkahwinan itu dia telah dikurniakan lima orang anak iaitu Puteri Aleeya Antasha, Puteri Aleefa Antasha, Putra Ahmad Merrah,Putra Ahmad Rezzki dan Puteri Qasseh Antasha.

The post (TAHNIAH) Datuk Awie Dan Isteri Selamat Timang Cahaya Mata Lelaki Ke-6, Isnin Lalu first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments