#Hiburan: Mimpi Wanita Berjubah Putih Nama ‘A’ Mengaku Madu, Datin Red Terima Petanda Sebelum Suami Bernikah Senyap-Senyap

Isteri pertama kepada Datuk Red, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim mendedahkan dia pernah mendapat ‘alamat’ iaitu berupa mimpi aneh ketika suaminya berkahwin lagi di luar pengetahuannya pada tahun 2015 yang lalu.

Datin RedSumber : Instagram Datin Red  

Sebelum ini, Datuk Red telah bernikah kali kedua bersama penyanyi Adira secara sulit di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 yang lalu.

Advertisement

Sharifah Norshafila yang mesra disapa sebagai Datin Red itu berkata, meskipun perkahwinan itu dirahsiakan, naluri dan firasatnya sangat kuat pada ketika itu kerana mungkin membabitkan hal rumah tangganya.

Katanya lagi, dia didatangi wanita bertudung putih dan memperkenalkan namanya bermula dengan huruf A dan turut mengakui bahawa dirinya merupakan isteri kedua suaminya itu.

Datin RedSumber : Instagram Datin Red  

“Benda ini saya tak pernah kongsi pun dengan anda semua..tapi hari ini saya nak kongsi semasa suami saya kahwin senyap-senyap dulu. selepas seminggu baru dia beritahu! Okay masa itu mereka kahwin dekat Thailand…saya didatangi mimpi datang seorang wanita memperkenalkan namanya bermula dengan huruf A dan wanita itu bertudung putih mengaku dia madu saya. Ini kisah benar tau, saya tak reka pun. betullah sixth sense seorang isteri!”

Datin Red telah berkongsikan perkara itu menerusi Instagram Storynya untuk tatapan peminat ketika menjawab persoalan netizen di ruangan Ask Me Question.

View this post on Instagram

A post shared by Syarifah Nor Shafila (@datin_red)

Advertisement

Dalam pada itu dia menjelaskan bahawa sudah reda dan menerima takdir hidup bermadu dan mempercayai apa yang berlaku kini pasti ada hikmahnya yang tersendiri.

Sekaddar info, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu mempunyai lima orang anak hasil perkahwinan bersama Norshafila. Adnan sebelum ini pernah bernikah kali pertama ketika berusia 20 tahun dan dikurniakan dua orang cahaya mata sebelum bercerai lima tahun kemudian. Manakala perkahwinan bersama penyanyi Adira pula telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.

The post Mimpi Wanita Berjubah Putih Nama ‘A’ Mengaku Madu, Datin Red Terima Petanda Sebelum Suami Bernikah Senyap-Senyap first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments