Menganggap kehamilan untuk kali ke-3 kali ini tiada rezeki, penyanyi Nubhan reda apabila isterinya, Afifah Hidayah Tawfek dilaporkan mengalami keguguran.
Menurut Nubhan, isterinya itu mengalami pendarahan ketika kandungan mencecah usia tujuh minggu dan kini sedang menjalani proses pemulihan.
Difahamkan juga ini merupakan kali kedua Afifah mengalami keguguran sejak kali pertama tahun 2016 yang lalu.
Perkara itu diumumkan Nubhan menerusi sebuah hantaran di akaun Instagramnnya untuk pengetahuan peminat yang mengikuti media sosialnya itu.
View this post on Instagram
“Tak ada rezeki anak ketiga..gugur buat kali yang kedua! Usia kandungan tujuh minggu. Tak ada rezeki baby dah keluar..jadi kena berpantang yang ringan-ringan sahaja.”
Advertisement
Penyanyi lagu Sekali Lagi itu turut memaparkan video reaksi ketika dia mendapat pengkhabaran awal mengenai berita kehamilan ketiga itu oleh isterinya.
Selain itu, Nubhan juga memuat naik video Afifah melakukan pemeriksaan di sebuah pusat perubatan selepas mengalami pendarahan namun kandungannya tidak dapat diselamatkan.
View this post on Instagram
Meninjau ruangan komen, para peminat telah tampil mengucapkan takziah di atas kehilangan itu dan meminta pasangan ini terus berusaha dalam memiliki zuriat yang baru.
Sekadar info, Nubhan telah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015 dengan Afifah dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia,4, dan Ahmad Aaffan yang kini berusia dua tahun.
The post Keguguran Ketika Kandungan 7 Minggu, Nubhan Dan Isteri Anggap Tak Ada Rezeki Anak Ketiga first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments