#Hiburan: Tampil Kacak Seperti Biasa, Anuar Zain Tukar Gambar Profil Di Instagram Bimbang Peminat Keliru

Penyanyi terkenal, Anuar Zain nampaknya telah menarik perhatian netizen apabila tampil menukar gambar profil di Instagram miliknya.

Anuar ZainSumber : Utusan Malaysia  

Kata Anuar, dia mengambil keputusan untuk memakai gambar utama yang baru kerana ada peminat menyangka bahawa akaun Instagram miliknya itu merupakan akaun palsu.

Advertisement

Enggan mengelirukan peminat dan membuatkan mereka rasa tertipu dengan individu lain yang menggunakan fotonya di Instagram, penyanyi lagu Sedetik Lebih itu me war-warkan mengenai perkara itu di ruangan media sosialnya itu untuk tatapan peminat.

“Jangan tertukar, ini Anuar Zain yang betul. Guys! Ni profile picture yang baru, ada yang terkeliru sebab ada yang ingat tiba-tiba akaun saya ni, fake account sebab tukar gambar. Maaf kalau ada yang terkeliru.”

Meninjau ruangan komen, ramai peminat tampil memberikan komen mengenai ketampanan penyanyi itu yang seperti tidak dimamah usia.

Sebelum ini, terdapat beberapa kewujudan akaun palsu yang menggunakan identiti ‘Anuar Zain’ dan disebabkan itu dia tampil mewujudkan akaun Instagramnnya sendiri untuk peminat setianya di luar sana.

The post Tampil Kacak Seperti Biasa, Anuar Zain Tukar Gambar Profil Di Instagram Bimbang Peminat Keliru first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments