Setelah hampir tiga minggu tidak bertemu, pelakon Fizo Omar meluahkan rasa syukur dan gembira kerana akhirnya dapat berjumpa dengan anak kesayangan, Wan Maryam yang kini berusia tiga tahun.
Sebelum ini, Wan Maryam dan bekas isteri Fizo, Mawar Karim telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana telah disahkan positif COVID-19.
Menurut Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, dia terlebih dahulu menghubungi pakar perubatan untuk mengesahkan Maryam sudah bebas sepenuhnya daripada wabak merbahaya itu.
View this post on Instagram
“Hari ini hari yang dinantikan setelah tiga minggu saya tak jumpa Mariam. Hari ke-20, saya dah hubungi doktor dan dah boleh jumpa Mariam. Mariam dah sihat. Mariam dah bebas dari COVID-19. Mariam akan tinggal di rumah daddy malam ni.”
Perkara itu telah dikongsikan Fizo menerusi akaun instagramnnya untuk tatapan peminat.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, pelakon drama Adellea Sofea itu turut mengucapkan terima kasih buat semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan yang terbaik buat bekas isteri dan anak kesayangannya itu.
The post Rindu Tak Terkata, Fizo Omar Gembira Jumpa Anak Selepas Tiga Minggu Berjauhan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments