#Hiburan: Jatuh Cinta Pandang Pertama Di GV7, Bad Indigo Bakal Nikahi Ashira Mac Nanti

Siapa sangka pentas Gegar Vaganza berjaya menautkan dua hati! Dikhabarkan bahawa Bad daripada kumpulan Indigo akan berkahwin dengan Ashira selepas 10 tahun menduda.

Sama-sama terlibat dengan rancangan itu ketika musim ketujuh, lelaki itu mendedahkan bahawa dia jatuh cinta pertama kali bertemu mata dengan wanita tersebut.

Advertisement

“Kali pertama berjumpa Ashira, hati saya terus jatuh cinta pandang pertama padanya. Kami mula berkenalan ketika sama-sama menyertai Gegar Vaganza tahun lalu dan daripada situ kami jadi rapat dan saling bertukar nombor telefon.”

bad indigo

Katanya lagi, personaliti Ashira yang penyayang dan kelakar membuatkan hatinya terus terpaut. Bahkan wanita itu bukan sahaja mengambil berat mengenai dirinya malah orang lain di sekelilingnya.

Tidak mahu mmembazirkan masa, Bad menyatakan dia sudah bersedia untuk menjadikan Ashira sebagai isterinya selewat-lewatnya Mac ini. Bahkan ahli kumpulan Indigo itu sudah pun bertemu ibu bapa kekasihnya itu sekitar Disember lepas.

“Kalau boleh saya nak segerakan hal yang wajib dahulu, dalam keadaan negara yang sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19, kami tangguhkan dahulu untuk majlis resepsi.”

Advertisement

Sudah pun menghantar borang permohonan nikah secara atas talian, Bad berkata mereka kini sedang menunggu jawapan JAIS sama ada terdapat kekosongan slot pada bulan Mac nanti.

ashira

Apabila ditanyakan mengenai penerimaan anak, Bad menjelaskan keduadua anaknya menerima baik kehadiran Asira.

“Alhamdulillah, kedua-dua anak saya mempunyai hubungan yang baik dan rapat dengan Ashira, begitu juga saya dengan anaknya.”

Semoga semua persediaan perkahwinan berjalan dengan lancar.

The post Jatuh Cinta Pandang Pertama Di GV7, Bad Indigo Bakal Nikahi Ashira Mac Nanti first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments