#Hiburan: Hanya Duduk Rumah Sepanjang PKP, Lufya Omar Cuba Nasib Jual Kek Durian Musang King

Musim-musim PKP ini, pastinya banyak perniagaan dari rumah yang muncul seperti tumbuhnya cendawan selepas hujan. Begitu juga dengan pelakon Lufya Omar yang katanya mula menjinakkan diri dengan perusahaan membuat kek.

Menurut Lufya, dia mengambil kesempatan untuk mencuba nasib berniaga kek durian Musang King di rumah.

Dia dilihat berkongsikan perkara itu menerusi akaun Instagramnya untuk tatapan peminat.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Lufya (@lufyalaana)

“Waktu PKP ini tak ada kerja duduk rumah Fya buatlah kek durian Musang King di rumah. Bagi penggemar durian ini memang akan gulp (terliur). Kek durian ini ialah kek premium ya. Sokonglah perniagaan baru ibu tunggal ini.”

Dalam hantaran media sosialnya itu, Lufya turut mengajak beberapa orang jiran di kawasan perumahannya untuk merasa kek yang dihasilkannya itu.

Ternyata keenakan kek durian Musang King yang dijamu itu telah mendapat pujian daripada jiran tetangga Lufya Omar.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Lufya (@lufyalaana)

Lufya dalam pada itu turut memberitahu kepada sesiapa di luar sana yang berminat untuk membeli kek tersebut boleh menghubunginya menerusi DM Instagram untuk tempahan.

Sekadar info, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dianjurkan kerajaan bermula 13 Januari hingga 26 Januari selama 14 hari. Sepanjang tempoh itu, segala aktivit penggambaran adalah tidak dibenarkan di enam buah negeri yang menjalani PKP.

The post Hanya Duduk Rumah Sepanjang PKP, Lufya Omar Cuba Nasib Jual Kek Durian Musang King first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments