#Hiburan: Elfira Loy Dedah Suami Perlu Hafal Surah Al-Mulk Sebelum Berkahwin Dengannya

Sering tampak bahagia bersama, pelakon dan usahawan, Elfira Loy tampil berkongsi kisah m pertemuan dan perkenalannya bersama suaminya sebelum kedua-duanya selamat mendirikan rumah tangga.

Menerusi perkongsian Instagram Story, Elfira dilihat melayan peminatnya dengan menjawab pertanyaan disebalik pertemuan mereka satu ketika dahulu.

Kata pelakon yang popular menerusi drama Qalesya itu,  pertama kali dirinya bertemu suami adalah pada malam Anugerah Industri Muzik ke-20 sekitar tahun 2013.

Selain, memuat naik foto bersama di laman Twitter, suaminya juga dilihat tidak ketinggalan menzahirkan ucapan terima kasih kepada Datuk Aznil Nawawi yang mempertemukan mereka.

Dalam pada itu, Elfira khabarnya tidak lokek berkongsikan momen di mana rakan baiknya Anis yang juga anak kepada pelakon Rosyam Nor turut mendoakan agar dirinya dan Faris bertemu jodoh.

Lebih menarik, beliau yang sebelum ini pernah berdepan episod putus tunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi itu turut berkongsi cerita bahawa dirinya mulai jatuh hati pada suami selepas mendengar Faris membaca surah Al-Mulk yang juga merupakan surah kegemarannya.

Bahkan, ibunya tidak terlepas memberi syarat kepada Faris supaya menghafal surah al-Mulk terlebih dahulu andai mahu mendirikan rumah tangga dengan pelakon tersebut.

Untuk rekod, Elfira dan Faris telah sah menjadi pasangan suami isteri pada 1 Januari 2019. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Rayyan Khalaf pada Oktober tahun lalu.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments