#Hiburan: Reaksi Bapa Kilafairy Apabila Tahu Anak Sudah Berhijab Sentuh Hati Netizen

Syukur dipanjatkan kepada Ilahi apabila pelakon yang terkenal dengan imej menggiurkan, Kilafairy telah membuat keputusan untuk berhijab penuh semenjak 11 Syawal lepas.

Pilihan itu dibuat bukan atas paksaan sesiapa malah hati wanita itu yang terbuka luas kepada perubahan tersebut untuk menjadi seorang yang lebih baik. Bahkan dia turut mengenakan pakaian sopan sejak daripada awal tahun ini sebagai langkah mengubah diri secara perlahan.

kilafairy berhijab

Selepas berkongsi berita baik tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dengan keputusan tersebut dan mendoakan agar Kilafairy terus istiqamah.

Terbaru, pelakon wanita ini telah berkongsi sebuah video di laman Youtube rasminya di mana dia merakam reaksi bapanya apabila mengetahui bahawa anak gadisnya itu sudah berhijab.

Awalnya mengusik apabila melihat anak gadisnya itu mengenakan tudung namun tersenyum lebar sambil meluahkan rasa syukur apabila Kilafairy memberitahu bahawa dia sudah berhijab sepenuhnya.

Adegan mesra di antara dua beranak itu nyata menyentuh hati netizen selain ada yang menangis kerana melihat riak wajah ayahnya yang hiba.

Tekad dengan penghijrahan ini, pelakon wanita itu sudah pun memadam semua gambar yang menampakkan rambutnya di laman Instagram.

kilafairy berhijab

Bukan sahaja menerima sokongan daripada ahli keluarga malahan Neelofa yang merupakan antara rakan baik Kilafairy telah menghadiahkan koleksi hijab ‘Naelofar’ bagi sebagai pencetus semangat kepada perubahan yang baik itu.

Seronok tengok semua orang yang support Kilafairy dalam perjalanan hidup yang baru ini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments