Menubuhkan pertubuhan kebajikan pertamanya yang diberi nama sebagai “Pertubuhan Kasih Neelofa”, hasrat usahawan dan selebriti terkena tanah air, Neelofa akhirnya tercapai.
Menurutnya, beliau telah menyimpan hasrat itu sejak beberapa tahun lalu malah memberitahu ia merupakan platform terbaik untuk melibatkan diri dalam masyarakat demi membantu golongan susah dan memerlukan.
Tambah Neelofa atau lebih mesra disapa Lofa, beliau dikhabarkan mahu memberi fokus seratus peratus dan mendalami masalah yang dihadapi oleh masyarakat.
“Jika saya terlihat seseorang yang memerlukan bantuan di Twitter, saya akan cuba mendekati individu itu dan terus berhubung dengannya.”
Dalam pada itu Pertubuhan ini juga dibangunkan untuk membantu masyarakat dengan pemberian sumbangan secara konsisten serta menyeluruh merangkumi tiga teras utama iaitu keagamaan, kemasyarakatan, dan bantuan untuk golongan kurang bernasib baik.
Ujar Neelofa, bantuan untuk golongan kurang bernasib baik akan memfokuskan kepada mereka yang terpinggir dan kurang berkemampuan seperti asnaf, ibu tunggal dan anak yatim.
“Menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa ini, tidak ada sesiapa pun yang ketinggalan. Kami cuba untuk membantu semua.”
Meskipun niatnya mahu membantu golongan susuah, namun diakui bukanlah mudah untuk menguruskan pertubuhan kerana ia membabitkan wang kebajikan dan derma daripada orang ramai.
Selain menganggap ia merupakan satu amanah yang sangat besar, Lofa berharap agar inisiatif ini mampu diterima baik dalam kalangan masyarakat. Beliau juga sempat menyeru supaya orang awam memberikan kepercayaan untuk dirinya untuk sama-sama menjadikan pertubuhan ini sebagai platform untuk semua lapisan masyarakat.
Sumber: mStar
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments