Menjadikan seekor anjing kudung sebagai anak angkat, seorang wanita yang dikenali sebagai Nurull Ain mengucapkan terima kasih buat selebriti versatile, Harith Iskander kerana sudi menyambut baik kedatangan anjing malang itu dalam kehidupannya.

Menurut Nurul, beliau amat mengagumi sifat penyayang yang wujud dalam diri harith dan isteri meskipun ramai dalam kalangan masyarakat kini seakan memandang anjing sebagai haiwan yang hina.
Perkara itu dikongsi Nurull sendiri di laman Instagram miliknya memaparkan foto Harith dan isteri bersama anjing kudung yang bernama Marvela.
“Thank you @drjezaminelim & husband encik Harith iskander sudi untuk menjadikan Marvela sebagai temporary adopter @ anak angkat.”
Ujar Nurull, dalam islam sendiri kita diajar untuk berbuat baik kepada haiwan dan menegaskan perkara itu lebih mulia andai kita menjaga anjing untuk tujuan memburu atau memberi perlindungan.
Sementara itu, menjengah ke akaun Instagram Harith, beliau mendedahkan Marvella akan tinggal bersama keluarganya dan akan membawa anjing tersebut bertemu Nurull setiap bulan.
Harith juga berkata, beliau terlintas untuk menjadikan anjing tersebut sebahagian daripada hidupnya kerana isterinya, Dr Jezamine Lim pernah terbaca kisah viral berkenaan Marvella.

Oleh itu, kedua-dua mereka bersepakat untuk menyelamatkan dan memberi perlindungan kepada anjing tersebut.
“Setelah berbincang dengan Nurull, kita semua sepakat tentang “Foster home” di mana Marvella akan tinggal bersama kami dan kami akan membawanya bertemu ‘heronya’ (Nurull Ain) setiap bulan.”
sumber: beautifulnara.com #superpantas

We promised her to care for an look after her doggy as she has. Please click on Nurul Ain's IG to see the work her husband and her do in rescuing and rehabilitating stray animals (over 400 cats and dogs so far!!!). I have never met a more compassionate couple so committed to loving those who others abandon. Marvella is now getting used to her new environment and we will be upgrading her wheelchair (which she has outgrown) soon! #MarvelaTheWonderDog #twoleggedwonder

0 Comments