Bimbang selepas sembilan hari tidak temui anak saudaranya, Siti Najiha yang masih hilang dan tiada khabar berita, pelakon Fauzi Nawawi dedah kembali bagaimana gadis tersebut hilang dari kediamanan kakak sulungnya di Pantai Remis, Perak selepas menempuh beberapa perkara yang mencurigakan.
Menurut Fauzi, sehari sebelum gadis tersebut hilang, ada jiran dikhabarkan ternampak dua motor yang ditunggang dua lelaki tidak dikenali datang bertemu Najiha.
“Sehari sebelum anak saudara saya hilang, ada jiran nampak dua motor yang ditunggang dua lelaki yang tidak dikenali datang berjumpa dengannya.”
Tambahnya lagi, semasa kejadian, kakaknya tiada di rumah dan tidak mengetahui apa yang berlaku terhadap anak gadisnya itu.
“Pada hari dia hilang pula, ibu saya yang tinggal bersama mereka terkejut apabila melihat pintu belakang terbuka luas dan mendapati anak saudara saya itu hilang.”
Ujar Fauzi, Najiha juga dikatakan hilang tanpa membawa apa-apa termasuk wang ringgit Cuma kad pengenalannya saha dibawa bersama.
Suami kepada pelakon Lisdawati itu turut berkata, beliau amat berharap agar anak saudaranya segera ditemui kerana seluruh ahli keluarga mereka amat bimbang dengan keadaannya yang yang merupakan seorang anak Orang Kelainan Upaya (OKU).
“Kami pun sudah membuat laporan polis, cuma sekarang kita sedang mendapat pertolongan syarikat telekomunikasi untuk kesan siapa yang dihubungi dan di mana.”
Hasil siasatan juga mendapati, telefon yang dimiliki Najiha juga dimatikan sekitar kawasan Hilir Perak iaitu lebih 40 kilometer dari rumahnya yang terletak di Pantai Remis.
Terdahulu, Fauzi telah memuat naik foto paparan Najiha di laman Instagramnya berserta nombor telefon untuk dihubungi andai orang ramai terlihat kelibat gadis berkenaan di mana-mana.
Fauzi yang menyeru orang ramai untuk sama-sama membantu mencari gadis tersebut turut dihujani pelbagai kata simpati daripada para pengikut. Malah peminatnya juga seolah memahami situasi menimpa Najiha dan berharap agar segala urusannya dipermudahkan.
Sumber: Gempak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments