Berikutan pernyataan yang dikeluarkan oleh Atikah Suhaime berkenaan kepentingan kaum wanita agat menjauhi lelaki yang suka meminta wang tanpa mahu berusaha sendiri dan perlunya pasangan yang mempunyai kewangan stabil, ramai netizen mengganggap kenyataan itu ditujukan kepada bekas tunangnya, Awi Rafael.
Walaupun Atikah tidak menyebut mana-mana nama pihak, pastinya sedikit sebanyak orang akan menyebut mengenai Awi Rafael.
Ketika ditemui Astro Gempak,Awi mengatakan bahawa kenyataan Atikah tidak semestinya merujuk kepada dirinya.
Dia juga mengakui tidak tahu menahu mengenai isu ini, dan hanya mampu fikir yang baik-baik.
“Kini, saya hidup tenang dan sedang sibuk menguruskan perniagaan, ada keluarga, kawan-kawan dan rakan perniagaan yang sentiasa ada bersama saya,”
Awi juga berharap netizen di luar sana tidak menyalah tafsir kenyataan Atikah dan meminta agar namanya tidak dikaitkan lagi dengan bekas tunangnya itu.
“Saya selalu tunjuk rasa hormat, Insyallah dan saya harap tiada yang salah faham mengenai hal ini. Dan saya harap nama saya tidak dikaitkan lagi,”
Dia juga berpendapat bahawa elok jika ditumpukan perhatian kepada isu yang lebih penting dalam hidupnya. Perkembangan terkini Awi kini sibuk menguruskan kanak-kanak autisme yang menghadiri kelas musik di studio yang diusahakan bersama pelakon Aiman Hakim Ridza.
Mengimbas kembali, Awi dan Atikah mengikat tali pertunangan namun putus di tengah jalan pada 14 Mac 2019 yang lalu.
Sumber: Astro Gempak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments