Pengacara, Datuk Aznil Hj Nawawi atau lebih mesra disapa Pak Nil dilaporkan akan melancarkan single lagu terbaru berujudul Apo pada Julai ini.
Lagu yang mengetengahkan isu buli siber itu merupakan hasil ciptann Archie Nasution dan Reza Ramsay dan untuk penghasilan liriknya pula, adalah hasil idea Pak Nil sendiri.
Pak Nil yang ditemui Media Hiburan turut memberitahu lagu tersebut diterbitkan atas dasar tanggungjawab sosial Yayasan Pesona miliknya sendiri serta ianya hasil kolaborasi bersama dengan Scifi Record dan Sony Music.
Yang istimewanya, single tersebut turut mengandungi lirik nama akaun Twitter Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Mainumah Iskandariah iaitu di bawah nama tweethandle Che Minah Sayang yang pernah digunakan Baginda sebelum ini.
Single yang sepatutunya dilancarkan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu menurut Pak Nil telah mengikuti beberapa prosedur dan telah mendapat perkenan dari Raja Permaisuri Agong sendiri.
“Saya ada bermesej dengan Raja Permaisuri Agong di Instagram dan ada maklumkan hal meletakkan nama akaun twitter Baginda dulu dalam lirik lagu ini. Saya mahu minta perkenan Raja Permaisuri Agong,”
Malah, Pak Nil telah memperoleh peluang untuk bercakap sendiri dengan Baginda Raja Permaisuri. Dia juga turut menjalani beberapa protokol menulis surat dan memohon perkenan dalam Istana Negara sebelum mendapat sendiri keizinan dari Permaisuri.
“Saya sendiri punyalah gementar sampai mengigil-gigil sebab nak bercakap dengan Baginda dalam telefon. Bayangkan boleh kejap tersasul bahasakan diri sebagai patik, kejap saya,”
Pak Nil yang ditemui dalam sesi pradengar santai lagu berjudul Apo itu turut berrcita-cita mahu mendapatkan rakaman suara isteri yang Dipertuan Agong itu dalam lagu berkenaan. Malah, harapannya juga adalah untuk Permaisuri Agong sudi mencemar duli hadir melancarkan lagu Apo pada bulan Julai ini.
Dalam perkembangan lain, Pak Nil menganggap lagu ini bukan ‘comeback’ untuknya kembali ke persada dunia nyanyian. Dia yang sebelum ini pernah muncul dalam dua album bersama Pony Canyon dan KRU Music malah turut pernah menulis lirik lagu untuk penyanyi seperi A to Z, Amy Mastura, Min Malik dan kumpulan Kool hanya menghasilkan lagu ini atas dasar tanggungjawab sosial sesama insan.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments