#Hiburan: Risteena Gembira Isa Khan Hadiahkan Audi Berharga RM339,000

Akui tidak sangka menerima hadiah berupa sebuah kereta mewah sempena ulangtahun perkenalan mereka baru-baru ini, pelakon Risteena zahir rasa gembira dan bangga melihat satu persatu kejayaan yang dicapai tunangnya, Isa Khan.

isa khan risteena kereta audi

Jelas Risteena, beliau langsung tidak tahu menahu mengenai kejutan yang dirancang Isa malah akui tidak terlintas tunangnya akan menghadiahkannya sebuah kereta.

“Saya sangat gembira dan bangga dapat melihat satu persatu kejayaan yang Isa capai sekarang.

Kata Risteena, dirinya amat beruntung memiliki pasangan serajin Isa yang tidak pernah henti berusaha untuk membahagiakannya dan mendapatakan apa yang dihajati.

“Saya beruntung ada pasangan seperti Isa yang selalu berusaha untuk membahagiakan saya. Pasangan lain ada cara mereka sendiri. Masing-masing punya cara.”

isa khan risteena kereta audi

Terdahulu, menerusi muat naik video di laman Instagram Isa, Risteena difahamkan menerima kereta mewah jenis Audi dengan plat pendaftaran khas dan stiker bercetak Isa X Ris. Lebih mengejutkan. Kereta mewah moel tersebut juga dikhabarkan berharga sekitar RM339,000.

View this post on Instagram

. . Pada mula saya mengenali awak, saya tahu awak seseorang yang ISTIMEWA, dan awak dah buktikan pada saya sekarang, hanya dalam masa yang terlalu singkat, but you did it! ♥ . Ini kejayaan awak sayang. Always proud of you! Perasaan cinta saya pada awak masih sama macam dulu dan masih kekal sehingga sekarang malah semakin bertambah hari demi hari. I swear! . Janji saya pada awak, saya akan sentiasa ada dengan awak tak kira apa keadaan sekalipun. Saya happy bila tengok satu-satu kejayaan yang awak capai sekarang. Saya akan terus ada sehingga awk capai semua impian awak, sayang. I PROMISE. . Behind every successful man, there is a woman. I want to be that woman, forever :) . I love you so much @theisakhan ♥ Thank you for everything ~ . FOR US~ . Big thanks to @cstproduction ♥

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on

Untuk rekod, Risteena dan Isa melangsungkan hari pertunangan pada 23 November tahun lalu. Mengikut perancangan, pasangan ini dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujang pada hujung tahun ini.

Sumber: Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments