Menjelang musim perayaan, media sosial biasanya dipenuhi pelbagai kandungan berkaitan Hari Raya. Namun begitu, tidak semua trend yang tular mendapat sokongan semua pihak.
Terbaharu, pendakwah bebas dikenali sebagai PU Syed turut berkongsi pandangannya mengenai trend video joget yang sedang popular di TikTok.
Menerusi satu perkongsian di media sosial, PU Syed berpendapat golongan warga pendidik sepatutnya menghasilkan kandungan yang lebih bermanfaat berbanding sekadar mengikuti trend tersebut.
“Daripada buat content joget balik mana raya, sebagusnya warga pendidik buat rakaman takbir raya. Atau yang lebih bermanfaat. Trend joget ni seolah-olah tak boleh nak dibendung dah.. bakpelah jadi gini.”
Menurutnya, kandungan seperti rakaman takbir raya atau video yang membawa nilai positif lebih sesuai dikongsi, terutamanya ketika musim perayaan yang penuh makna.
Perkongsian itu turut menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial, dengan ada yang bersetuju dengan pandangannya dan ada juga yang menganggapnya sebagai pendapat peribadi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Rancak Buat Video Joget, PU Syed Tegur Para Pendidik – “Baik Rakam Takbir Raya..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas




0 Comments