#Hiburan: Simpanan Berkurangan Akibat PKP, Amar Baharin Syukur Kini Boleh Kembali Jalani Penggambaran

Mengakui simpanan yand ada semakin berkurangan akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelakon Amar Baharin meluahkan rasa kesyukuran apabila kerajaan kini sudah membenarkan sebarang aktiviti seni dijalankan semula bermula 10 Jun lalu.

Setelah tiga bulan tidak mempunyai pendapatan,segala aktiviti seni yang dijalankan dikehendaki untuk mengikut operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan. Namun begitu, Amar tetap gembira menjalani penggambaran seperti biasa.

View this post on Instagram

bila kau rasa kau dah tak pedulikan dunia luar, buat la apa yg boleh buat kau happy… ???

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin) on

“Alhamdullilah.. Syukur kepada Allah kerana kami diizinkan untuk bekerja semula. Setelah tiga bulan tak bekerja, tidak dinafikan simpanan yang ada semakin berkurangan,”

Ketika ditemui mStar online, Amar memberitahu krew dan rakan sekerja terlibat dalam aktiviti penggambaran perlu lebih berhati-hati ketika waktu bersolek dan makan misalnya kerana melibat penjarakkan sosial. Namun menurutnya, keadaa di lokasi masih sama seperti sebelum ini.

View this post on Instagram

cita-cita Daddy & Mommy nak @aqeefanaqi jd penghafaz Al-Quran ?? Semoga Allah permudahkan amin…

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin) on

 Perkembangan terkini, Amar kini sedang menjalani penggambaran drama 26 episod berjudul Ayat-Ayat Halal terbitan Global Station Sdn. Bhd. Drama tersebut diarahkan oleh pengarah MP Roslin.

Dalam pada itu, dia sempat menjelaskan bahawa akan sentiasa memastikan dirinya bersih sebelum meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak selepas pulang bekerja. Berikutan norma baru yang perlu diikuti kini, Amar merasakan lebih selamat dan yakin untuk bersama dengan keluarga.

Amar Baharin yang juga suami kepada aktres Amyra Rosli kini bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata, Aqeef Anaqi, 3, dan Ayra Arysssa yang lahir pada 1 Februari lalu

Sumber: mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments