Walaupun sering dihimpit kontroversi mengenai rumah tangga, Bella Astillah nampaknya kini semakin bahagia dengan suaminya, Aliff Aziz dan bakal menimang cahaya mata kedua pula kelak.
Kesabaran dan sikap memaafkan Bella Astillah dalam mengharungi liku-liku berumah tangga telah membuatkan usahawan kosmetik terkenal, Joy Revfa benar-benar mengagumi isteri kepada Aliff Aziz itu.
Joy Revfa juga menyifatkan Bella sebagai seorang isteri yang mempunyai tahap kesabaran dan sifat pemaaf yang tinggi.
Dia yang membuat entri penghargaan kepada Bella di laman instagram miliknya itu turut berkongsi rakaman video pertemuannya dengan Bella baru-baru ini.
“Kagum dengan wanita seperti Bella Astilla,kecil comel je orangnya dan bicara pun lembut sangat, Masyallah! Sifat pemaafnya sangat tebal.. walaupun berkali-kali dihancurkan hatinya, dia tetap memaafkan dan melupakan sikap suaminya yang dulu,”
Malah, Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin turut mendedahkan bahawa pasangan ini juga turut giat mempelajari ilmu agama dalam diam dalam usaha memulihkan kembali hubungan rumah tangga mereka.
AdvertisementView this post on Instagram
Dalam akhir entrinya itu, Joy turut berdoa semoga urusan rumah tangga Bella dan Aliff kembali pulih dan semakin bahagia pada hari mendatang.
Mengimbas kembali, Bella dan Aliff telah mengambil keputusan untuk berpisah setelah Bella memfailkan cerai pada Mei tahun lalu akibat sikap Aliff yang beberapa kali berlaku curang dengan beberapa selebriti wanita tanah air.
Namun, pada April lalu, Bella telah mengesahkan dia dan Aliff sudah kembali rujuk sebagai suami isteri ketika dalam waktu edah dan kini pasangan ini sedang menanti kelahiran cahaya mata kedua dalam waktu terdekat.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments