Ramai yang nyata terkejut apabila penyanyi hip hop ‘lejen’ di Malaysia iaitu Joe Flizzow mengumumkan pertunangannya dengan wanita cantik bernama Marini Ramlan.
Pada awalnya, Joe dan juga Marini merancang untuk menamatkan zaman bujang pada April lepas tapi mungkin disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan, mereka sah menikah pada hari ini (26 Jun).
Perkhabaran gembira ini didedahkan oleh adik kepada Marini sendiri menerusi laman Instagram miliknya.
“Suasana kahwin COVID. Dah anggap awak sebagai abang saya sebelum ini, tapi apapun selamat datang ke keluarga kami secara rasmi Joe. Kepada Marini, awak adalah pengantin paling cantik pernah saya lihat.”
Sambutan yang sederhana tetap tidak mampu menahan kedua mempelai itu daripada tersenyum gembira selepas disatukan. Keduanya nampak bagai pinang dibelah dua apabila menyarungkan baju Melayu dan baju kurung berwarna krim.
Walaupun pasangan ini memulakan hubungan yang serius bermula tahun 2016, tetapi mereka sebenarnya sudah mengenali antara satu sama lain sejak 15 tahun lalu. Wow!
Entri tersebut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada kenalan rapat pasangan itu. Rata-rata mendoakan kebahagiaan pengantin baru itu.
Bagi yang tidak mengetahui, Marini sebenarnya merupakan Ketua Pengurus Besar Inovasi Kandungan & Digital Primeworks Studios Sdn Bhd. Selain itu, wanita ini juga merupakan seorang pelukis yang berbakat.
Tahniah sekali lagi buat pasangan sama padan ini!
Kredit foto: KhirKhalid & AshrafIshak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments