Menerbitkan kenyataan fitnah terhadapnya, Pelakon Emelda Rosmila menuntut permohonan maaf kepada pelakon Zarina Anjoulie.
Emelda menerusi sebuah kenyataan media menyatakan, permohonan maaf tersebut haruslah disiarkan di media cetak, Facebook dan Instagram pelakon itu.
Dalam pada itu, Emelda juga turut menuntut ganti rugi am melebihi RM1 juta terhadap Zarina. Hal ini kerana, ia termasuklah rugi pampasan, ganti rugi teruk dan teladan serta perintah injunksi bagi menghalang pelakon itu atau mana-mana ejennya menerbitkan semula kenyataan fitnah terhadapnya yang diterbitkan dalam bentuk video.
Malah, berikutan tindakan Zarina memuat naik video di Facebook, Emelda turut memfailkan satu saman dan pernyataan tuntutan balas terhadapnya.
Bagaimanapun, pelakon itu juga turut memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman dan pernyataan tuntutan oleh Zarina, menafikan pembabitannya dalam mengeluarkan fitnah terhadap Zarina melalui aplikasi Telegram di dalam kumpulan Covid-19 Persatuan Seniman.
Emelda juga menyatakan segala hantaran di aplikasi Instagramnya juga adalah fitnah kepada Zarina. Tambah Emelda, segalanya diserahkan kepada peguam Zarina pada 9 Jun lalu malah beliau kini menyerahkan perjalanan kes kepada mahkamah untuk menentukan kebenaran sahih.
Untuk rekod, konflik ini timbul apabila muncul pertelingkhana sesame penggiat seni ketika krisis COVID-19 melanda dunia yang sekali gus memberi kesan kepada industri hiburan tempatan.
Sumber: Gempak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments