Salah seorang daripada anggota De Fam, Cik Manggis telah berkongsi pengalaman zaman sekolahnya dulu di instagram.
Cik Manggis atau nama sebenarnya, Nurshazwani Shamsuddin melakukan sesi ‘throwback’ mengenang kisah remajanya dulu sambil memuat naik foto lamanya di laman instagram miliknya.
Memang berbeza penampilan Cik Manggis dulu dan sekarang kerana menurutnya, ketika di sekolah dia tidak seperti perempuan.
“Sekolah rendah orang panggil Jalak. Sekolah menengah orang panggil Ali.. Dulu pernah cinta monyet tapi kena tinggai sebab katanya kita tak macam perempuan. (Additional, tak cukup cantik),”
Tulisnya lagi di ruangan kapsyen, Cik Manggis juga pernah dipanggil dengan nama panggilan Ali di sekolah menengah manakala Jalak ketika di sekolah rendah.
Di akhir entri Cik Manggis sempat memberitahu peminat yang mengikuti perkembangan dirinya bahawa pembawaan diri atau peribadi dan hati budi yang baik itu lebih penting berbanding fizikal.
View this post on Instagram
In shaa Allah yang baik2 untuk kita. Thank you for taking care of me. ?? @syazminfirdaus
View this post on Instagram
Saya mungkin kena tinggal dengan awak, tapi saya takkan tinggalkan awak. ?? . #acamanggis
Cik Manggis yang merupakan salah seorang anggota De Fam selain Sophia Liana dan Azira Shafinaz kini sudah bahagia berumah tangga bersama suami tersayang, Syazmin Firdaus Aminuddin sejak Oktober 2014.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments