Terpaksa meninggalkan tunangnya Isa Khan untuk menjalankan perniagaan mereka berseorangan, pelakon Risteena Munim akui risau dan bimbang apabila perlu meninggalkan Isa seorang diri.
Menurut Risteena, ia merupakan dugaan paling berat sepanjang bertunang apabila beliau dikhabarkan perlu melakukan penggambaran dan Isa perlu mengendali perniagaan mereka secara bersendiri.
“Biasanya kami ke mana-mana bersama, makan bersama, jumpa orang bersama, buat bisnes bersama.”
Bagaimanapun, Risteena yakin Isa mampu mengawal, menyelia dan menguruskan bisnes Lovit yang mereka jalankan bersama-sama sejak tahun lalu itu biarpun tanpanya di sisi.
Terdahulu, Risteena diraikan sempena ulang tahun perkenalan mereka dengan pemberian sebuah kereta mewah jenis Audi A5 daripada Isa.
Kejutan yang diterima Risteena itu mula menjadi perhatian netizen selepas Isa dikatakan seorang yang amat penyanyang dan menghargai bakal isterinya.
Isa juga sempat mengumpul wang selama enam bulan untuk menghadiahkan Risteena kereta berkenaan, lantas mengutuhkan lagi ikatan cinta mereka yang terpahat dalam hati kedua-dua belah pihak.
Untuk rekod, Isa dan Risteena telah melangsungkan pertunangan di Bali, Indonesia pada 23 November tahun lalu. Pasangan ini dijangka bakal menamatkan zaman bujang sekitar hujung tahun ini.
Sumber: Gempak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments