#Hiburan: Cetus Provokasi Terhadap Kerajaan Malaysia, Nina Iskandar Bengang Pihak Tidak Bertanggungjawab Salah Guna Identiti Dirinya

Pelakon Nina Iskandar dikhabarkan bengang apabila wujud pihak tidak bertanggungjawab mencetuskan provokasi terhadap kerajaan Malaysia dengan menyalah gunakan identiti dirinya di laman Facebook.

nina iskandar politik

Menurut Nina, beliau yang merupakan individu warganegara Brunei, langsung tidak pernah melibatkan diri dalam sebarang perkara yang berunsurkan politik di Malaysia.

Ujarnya lagi, individu berkenaan telah menggunakan kata-kata kesat serta melontarkan bermacam tohmahan terhadap kerajaan di negara ini.

Perkara itu didedahkan Nina di laman Instagram miliknya menerusi muat naik di Instagram Stories. Malah turut mempamerkan “sceenshot” akaun berkenaan.

nina iskandar politik

Kredit – mStar

“Saya orang Brunei, saya tak pernah membabitkan diri dalam apa-apa perkara berunsurkan politik kerana saya tahu tak ada tempat untuk itu.”

Malah, Nina juga seakan mempersoalkan perkara itu dan beranggapan pihak berkenaan langsung tidak berperikemanusiaan.

nina iskandar politik

Kredit – mstar

“Entah kenapa pihak tidak bertanggungjawab itu kena guna nama saya.”

Bimbang andai pemilik akaun berkenaan berterusan melakukan sesuatu perkara diluar kawalan sehingga mampu mencemarkan nama baiknya, Nina turut menegaskan orang ramai dan memohon kerjasama semua pihak untuk melaporkan akaun tersebut sebelum ia menjadi lebih teruk.

Justeru, pelakon yang popular menerusi drama Andainya Takdir itu juga turut sertakan pautan link di posting berkenaan supaya memudahkan urusan laporan dilakukan terhadap akaun tidak berfaedah tersebut.

Sumber: mStar


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments