#Hiburan: Neelofa Anjur Program Ibadah Korban Sempena Hari Raya Aidiladha

Pelakon dan pengacara popular tanah air, neelofa bakal menganjurkan Qurban Kasih Neelofa bersempena Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba tidak lama lagi menerusi Perubuhan Kasih Neelofa miliknya.

qurban kasih neelofa

Disamping meluaskan ilmu pengetahuan mengenai ibadah yang dijalankan kepada orang ramai, ia juga memberi peluang kepada individu yang ingin melaksanakan korban.

“Kami berharap ia dapat menambah ilmu orang ramai tentang kepentingan, kebaikan ibadah ini dalam kalangan umat Islam serta proses untuk melaksanakan korban secara berhemah dan betul.”

qurban kasih neelofa

Menurut Neelofa atau lebih mesra disapa Lofa, insiatif ini adalah untuk membantu golongan yang memerlukan malah berharap agara penubuhan Petubuhan Kasih neelofa dapat diterima baik daam kalangan masyarakat.

Tambah Lofa, banyak aktiviti akan dirangka oleh pihak pertubuhannya, namun segalanya akan diumumkan satu persatu pada masa akan datang.

qurban kasih neelofa

Ujarnya lagi, ia bukanlah mudah untuk menguruskan pertubuhan, lebih-lebih lagi melibatkan wang kebajikan dan derma daripada orang ramai.

Hal ini demikian kerana, ia adalah satu amanah yang amat besar untuk dipikul. Bagaimanapun, dirinya tetap berharap supaya orang ramai memberikan kepercayaan kepadanya dan sama-sama menjadikan pertubuhan yang dibinanya sebagai platform untuk semua dalam melakukan amal kebaikan.

Sumber: Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments