Menyedari bahawa golongan yang paling berisiko tinggi untuk dijangkiti COVID-19 adalah terdiri di kalangan kanak-kanak dan warga tua, penyanyi Stacy Anam mengambil keputusan untuk terus meng-kuarantin anak-anaknya daripada bermain di luar.
Walapun kerajaan sudah memberi kebenaran untuk rakyat bebas bergerak di luar rumah, Stacy atau nama sebenarnya Ummu Syaikhah Stacy Anam tidak mahu mengambil risiko dan hanya membenarkan kedua anaknya yang kini berusia 8 dan 3 tahun itu bermain di rumah sahaja.
“Kalau ikutkan memang kerajaan dah benarkan ibu bapa bawa anak keluar rumah tapi saya tak berani lagi nak bawa anak-anak lakukan aktiviti luar. Sebab mereka dalam golongan berisiko tinggi untuk dijangkiti wabak COVID-19 ini. Jadi saya tak mahu mengambil risiko itu. Memang kesian lihat mereka tak dapat keluar rumah,”
Advertisement
Dia mengakui turut berasa kasihan kerana ‘memaksa’ kedua anaknya itu berkurung dan bermain di rumah sahaja namun ianya dilakukan demi keselamatan dan kesihatan mereka.
Dalam pada itu, pelantun lagu Aku Kau Dan Muzik ini turut menjadikan rumah sebagai tempat permainan untuk mengelakkan anak-anaknya daripada berasa bosan.
Dia yang ditemui mStar Online ketika sesi rakaman sebuah program realiti di Glenmarie, Shah Alam baru-baru ini.
Stacy yang telah berkahwin dengan suaminya yang juga seorang penyanyi, Akim Ahmad pada 5 Februari 2016 lalu telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Eshaal dan turut mengambil seorang anak angkat bernama Bella De Luna Valentina yang telah dijaga mereka sejak kecil.
Sumber : mStar Online
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments