Berita berkenaan bantuan khas yang disalurkan oleh kerajaan untuk sektor seni, budaya dan hiburan yang bernilai RM225 juta dalam tempoh tiga bulan mendapat perhatian pelakon berbakat besar Datuk Fizz Fairuz ketika ini.
Menurutnya, dengan wujudnya bantuan ini, drinya berharap agar bantuan tsebut diagihkan sevara adil dan bukan hanya diberikan kepada orang yang sama sahaja.
Tambahnya lagi, ramai lagi insan seni yang memerlukan bantuan malah sebelum ini rungutan mereka bagai enggan dilayan mana-mana pihak.
“Hope keadilan lah disitu ye.. sebab sblom ni,mcm2 rungutan dr anak seni tak dpt .. alasan mcm2.”
Menerusi posting di laman Instagramnya, suami kepada pelakon Datin Almy Nadia ini sempat memuat naik paparan skrin artikel bertajuk Dana RM225 bukti kerajaan prihatin nasib anak seni.
Bantuan berkenaan terkandung dalam pembentangan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lalu.
ia juga merupakan usaha kerajaan dalam melaksanakan program dan menyediakan kemudahan kewangan bagi pelan pemulihan industry kreatif dan seni.
Amun, menurut Zakaria Abd Hamid selaku Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), mekanisme penyaluran bantuan khas masih belum diwujudkan.
Menjengah ke ruangan komen, entri berkenaan dihujani pelbagai reaksi dalam para netizen di laman berkenaan, malah wujud segelintir pengikutnya seakan bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan Fizz berkenaan hal tersebut.
Sumber: mStar
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments