Pelakon Fauzi Nawawi menyeru orang ramai supaya mencari anak saudaranya yang juga seorang gadis kelainan upaya (OKU) apabila disyaki hilang sejak enam hari lalu di Pantai Remis, Perak.
Menerusi salah sebuah posting di laman Instagram, Fauzi dilihat bertindak memuat naik foto anak saudaranya itu di kapsyen seakan memohon pertolongan semua pihak.
“Dia anak kakak saya, remaja istimewa (OKU) dia hilang dari rumah sejak 6 hari yang lalu.”
Menurutnya, laporan polis telah dibuat namun masih belum menemui apa-apa berita berkenaan kes kehilang tersebut.
Fauzi bagaimanapun meminta bantuan semua pihak andai menjumpai gadis tersebut untuk segera menghubungi nombor yang tertera di gambar berkenaan.
“Mohon bantuan dari warga insta dan masyarakat yang prihatin supaya dapat hubungi nombor yang tertera di gambar jika ternampak anak saudara saya.”
Entri yang mendapat ribuan tanda suka itu dibanjiri pelbagai reaksi daripada para pengikutnya. Ada dalam kalangan peminatnya juga menzahirkan rasa bimbang dengan dugaan yang menimpa dirinya dan keluarga.
Malah ada juga yang turut sama mendoakan agar segala yang berlaku temui jalan penyelesaian sebaik mungkin.
Selain bersimpati dengan berita tersebut, para pengikutnya juga seakan tidak putus mendoakan agar gadis tersebut ditemui dalam keadaan selamat.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments