#Hiburan: Engku Emran ‘Unfollow’ Laudya Cynthia Bella, Tukar Gambar Profil Tanpa Isteri

Sejak kebelakangan ini, kita acap kali disajikan dengan khabar angin kurang enak mengenai rumah tangga Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran.

Kemelut rumah tangga mereka mula menjadi bualan ramai apabila pelakon wanita itu bertindak memadam semua gambar suaminya daripada laman media sosial rasminya. Selain ada yang membawa mulut mengatakan bahawa mereka sudah tidak lagi tinggal sebumbung.

engku emran dan laudya cynthia bella

Khabar angin ini semakin bertiup kencang apabila didapati Engku Emran telah menukar gambar profil di Instagram miliknya walhal sebelum ini lelaki itu menggunakan gambar dia, si isteri dan anaknya, Aleesya sebagai penghias profil tersebut.

Bahkan Engku Emran juga dilihat menukar nama akaun Instagramnya daripada @iamkumbre kepada @narmeukgne. Lebih mengejutkan apabila lelaki itu kini sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram Laudya Cynthia Bella meskipun wanita itu masih mengikutinya.

engku emran dan laudya cynthia bella

Walaupun pelbagai spekulasi yang timbul mengenai perkahwinan pasangan ini, nampaknya mereka lebih senang mengambil langkah mendiamkan diri daripada menceritakan apa-apa kepada umum.

Nantikan cerita sebenar daripada tuan empunya badan sendiri.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments