#Hiburan: “Hanya Unsur Fitnah!” – Aliff Syukri Didapati Tidak Bersalah Kes Pukul Anak Angkat

Masihkah anda ingat dengan kisah kononnya Datuk Aliff Syukri yang dikatakan telah memukul anak angkatnya, Ameenah Alip Syah? Insiden itu dilaporkan sendiri oleh pembantu rumah usahawan tersebut sehari selepas kejadian itu.

Bukan itu sahaja, pada ketika itu, turut tersebar salinan laporan polis yang turut tertera nama Datuk Aliff Syukri dan anak angkatnya, Ameenah lantas memarakkan lagi api gosip itu.

aliff syukri ameena

Pun begitu, Aliff Syukri menerusi satu entri di laman Instagram rasminya mendedahkan bahawa kes tersebut sudah selesai apabila mahkamah memutuskan dia tidak bersalah.

 

View this post on Instagram

 

Budak lasak jatuh motor @baemadham_terlajaklaris dan dia akan kembangkan hidung tanda dia bersalah… klau ameenah kena mahu kes polis?? btw kes ameenah mahkamah dah putuskan yg sy x bersalah hanya berunsur fitnah..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Menceritakan keadaan Baem yang cedera dek jatuh motosikal, usahawan itu sempat menyelit dengan selambanya mengenai kes pukul Ameenah itu.

“Kalau Ameenah kena (cedera) mahu kes polis. By the way, kes Ameenah mahkamah dah putuskan yang saya tak bersalah, hanya berunsur fitnah!”

aliff syukri ameena

Rata-rata pengikut usahawan kosmetik itu meluahkan rasa syukur dan gembira dengan berita tersebut. Bahkan mereka yakin Ameenah dijaga dengan baik oleh kesemua ahli keluarga Aliff Syukri.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments