#Hiburan: Scammer Menyamar Guna Gambar Lan Solo, Minta Pekerja Pindahkan Wang Ribuan Ringgit

Mendedahkan terdapat pihak yang cuba menyamar menjadi dirinya dengan cuba memperdaya pekerjanya melakukan pemindahan wang, penyanyi Lan Solo menyatakan individu tersebut menggunakan gambar yang sama dengan imej profil di aplikasi WhatsApp peribadi miliknya.

lan solo ditipu scammer

Menurut Lan, individu tersebut menghantar mesej kepada nombor bisnesnya yang diurus pekerja untuk pindahkan wang.

“Memang kebetulan ketika itu saya ada kerja di luar. Mungkin staf merasakan saya betul-betul tak sempat nak buat transaksi sebab mereka pelik memandangkan selama ini saya jarang berhubung terus dengan pekerja.”

View this post on Instagram

Gaisss.. HATI2.. . KORANG JANGAN TERTIPU DENGAN PENIPU NI OK.. . Dia guna gambar aku utk profil wasap dia pastu dia wasap admin kedai aku mintak transferkan duit ke akaun ustaz mana ntahhh.. . . Untuk owner number fon ni.. details kau aku dah dapat.. kau tunggu‼. . #penipu #hatihati

A post shared by LAN SOLO 🇲🇾 KRISTAL✖ (@lansolo_official) on

Bagaimanapun, nasib menyebelahi dirinya apabila pekerjanya sempat membuat semakan terlebih dahulu untuk bertanya sama ada nombor tersebut adalah sah atau tidak.

Terdahulu, Lan menerusi muat naik di Instagram mendedahkan individu tersebut meminta pekerjanya memindahkan wang berjumlah RM1,350 kepada nombor akaun yang palsu.

lan solo ditipu scammer

“Kemudian kami dapat tahu ada beberapa orang lain lagi juga berdepan situasi sama. Cuma, apabila kita cuba hubungi nombor tersebut semula, sudah tak aktif lagi.”

Malah, Lan juga bertindak memuat naik nombor telefon scammer tersebut sebagai usaha untuk mengekang isu ini dari terus berleluasa dan memastikan orang ramai juga tidak mudah ditipu oleh individu tidak bertanggungjawab ini.

Sumber: Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments