#Hiburan: Digelar “Gold Digger”, Intan Najuwa Tampil Sekolahkan Netizen

Didakwa hanya memilih untuk mengenali lelaki yang kaya dengan wang ringgit sahaja untuk dijadikan teman mesra, pelakon jelita Intan Najuwa tampil menjawab segala dakwaan dan tohmahan yang menimpa kisah hidupnya.

intan najuwa gold digger

Menurut Intan, dirinya bagai menjadi tumpuan selepas menjalinkan hubungan dengan seorang ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, yang juga merupakan bekas tunangnya.

Menerusi ruangan soalan “Ask me a question” di laman Instagram miliknya, Intan menjawab soalan berkenaan dengan begitu tulus dan ikhlas berikutan ajukan soalan tersebut.

Apa pendapat awak bila orang cakap awak gold digger nak lelaki kaya je?

Jawab Intan, konsepnya teramat mudah. Andai ditakirkan seseorang wanita itu tidak mempunyai duit atau harta, sudah pasti lelaki yang berduit juga akan bertindak untuk tidak mendekati wanita terbabit.

intan najuwa gold digger

Kredit – Gempak

Ujar Intan, lelaki kini langsung tidak memandang wanita yang tidak berharta. Hal ini kerana, jika wanita itu seorang yang pemalas, Intan berpendapat, insan tersebut sesuai dijodohkan dengan lelaki yang pemalas juga.

“Sebab tu bila ada orang cakap saya golddigger, saya ketawa je.”

Tambah Intan, jangan berangan untuk memiliki kemewahan dan hidup dengan lelaki berharta andai diri sendiri seorang yang pemalas dan mahu menumpang kekayaan seseorang semata-mata.

intan najuwa gold digger

Terdahulu, pada 18 Ogos 2019, Intan telah melangsungkan pertunangan dengan Razrul di Johor Bahru. Namun sekitar Februari lalu Intan membuat pengakuan yang dirinya yang pasangan tunang telah meleraikan ikatan itu atas persetujuan kedua-dua belah pihak.

Namun menjengah ke akaun Instagram Intan, foto pasangan ini masih terpahat dan menguatkan lagi hubungan cinta mereka berdua.

Sumber: Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments