Seja daripada kemunculannya dalam ‘Asia’s Next Top Model’, nama Alicia Amin tak henti-henti terpalit dengan pelbagai kontroversi. Mungkin kerana gaya kehidupannya yang bebas, ia nampak tidak bersesuaian dengan dirinya sebagai seorang penganut agama Islam.
Terbaru, salah seorang daripada adiknya iaitu Raja Adam Iskandar telah memuat naik potret mereka sekeluarga bagi menyambut Hari Bapa.
Dalam usaha untuk mengabdikan momen yang indah itu, terdapat seorang individu yang telah meninggalkan komen mempersoalkan agama Alicia Amin.
Tidak mendiamkan diri, bapa kepada model itu iaitu Dr Raja Amin telah memberikan balasan padu kepada individu tersebut dan menjelaskan bahawa siapa kita untuk membuka aib orang lain selain mengatakan hidayah itu milik Allah.
Malahan Alicia Amin juga telah memuat naik tangkapan skrin komen ayahnya itu dan memuji tindakan doktor itu ‘membahasakan’ individu tersebut.
Rata-rata netizen memuji tindakan Dr Raja Amin kerana tidak kisah untuk ‘back-up’ satu-satu anak perempuannya itu daripada terus diserang oleh orang yang berterusan tidak puas hati dengan wanita tersebut.
Pun begitu, ada juga segelintir netizen yang berterusan mempertikaikan gaya hidup model itu selain mengatakan bahawa doktor tersebut langsung tidak menjawab persoalan yang diajukan individu itu.
Saban hari ada sahaja yang tak kena di mata netizen mengenai Alicia Amin kan?
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments