#Hiburan: Fazura Zahir Rasa Sayu Kenangkan Pemergian Arwah Ayah

Memuat naik foto ros putih berserta kapsyen panjang sempena hari lahir arwah bapanya di salah sebuah posting di laman Instagram baru-baru ini, pelakon Fazura zahir rasa sayu mengenangkan permergian arwah bapanya.

fazura sayu pemergian arwah bapa

Menurut Fazura, jika bapanya masih hidup, beliau kini telah berusia 64 tahun. Biarpun begitu, Fazura turut menyatakan andai bapanya masih hidup, pasti perasaan sayu itu tidak dapat digambarkan apabila mendapat tahu dirinya yang kini sedang hamil bakal melahirkan anak pertamanya tidak lama lagi.

View this post on Instagram

Hari ni merupakan hari lahir Allahyarham Papa. He would have been 64 today. Tahun ni rasa sayu yang luarbiasa, mengenangkan apa yang Papa rasa kalau dia ada depan Faz sekarang bila anak perempuan tunggalnya bakal melahirkan anak pertama. Rindu tak terkata. Tapi Faz tetap rasa dekat dengan Papa, syukur selalu dapat berdoa untuknya. Pohon Faz jika semua dapat titipkan doa buat Allahyarham papa.. Sharifuddin bin Adnan. Semoga rohnya sentiasa berada di dalam keredhaan dan kemuliaan Allah SWT. 🤲🏻❤💐 Faz turut bersedih atas pemergiaan teman baik arwah Papa yang sudah dianggap seperti bapa saudara Faz. Beliau telah berhijrah ke alam abadi lewat subuh semalam, sehari sebelum hari lahir Papa. Mari kita sama-sama mendoakan agar roh Mohamed Amin Bin Hussin dicucuri rahmat. Semoga isteri dan anak-anak yang dikasihi dikurniakan kekuatan dan ketenangan untuk melalui hari-hari yang akan datang. 🤲🏻💐

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

“Tahun ni rasa sayu yang luarbiasa, mengenangkan apa yang Papa rasa kalau dia ada depan Faz sekarang bila anak perempuan tunggalnya bakal melahirkan anak pertama.”

Fazura juga berkata, beliau amat rindu terhadap arwah bapa, namun tetap berasa dekat dengan bapanya kerana tidak pernah lekang mendoakan kesejahteraan arwah bapa di sana.

Dalam pada itu, beliau juga memohon para pengikut untuk bersama menitipkan doa buat arwah agar sentisa berada dalam redha Ilahi.

fazura sayu pemergian arwah bapa

“Pohon Faz jika semua dapat titipkan doa buat Allahyarham papa.. Sharifuddin bin Adnan. Semoga rohnya sentiasa berada di dalam keredhaan dan kemuliaan Allah SWT.”

April lalu, Fazura mengesahkan dirinya telah hamil anak sulung selepas dua tahun mendirikan rumah tangga bersama pelakon tampan Fattah Amin. Bagaimanapun, jantina bayi mereka masih dirahsiakan. Menurut pasangan ini, mereka bakal menyambut kelahiran cahaya mata itu sekitar akhir tahun ini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments