#Hiburan: Perkembangan Terkini Setelah Melecur Teruk Disambar Api, Ali XPDC Kini Semakin Pulih

Keadaan Ali XPDC, 52, yang sebelum ini dilaporkan mengalami kecederaan melecur teruk di muka, tangan dan kaki gara-gara membakar sampah menggunakan petrol pada Mac lalu dikhabarkan semakin pulih.

Kisah Ali yang menjadi tular setelah rakannya, Ali Russia memuat naik gambar terkini di laman Facebook miliknya.

Ketika ditemui kenalannya itu, Ali XPDC memberitahu masih terasa pedih dan sakit di bahagian kulit yang melecur namun beransur baik.

Advertisement

Dia yang kini hanya bergantung pada pil penahan sakit yang diberi doktor serta ubat sampingan. Menurutnya lagi, untuk pulih seperti sedia kala memang mengambil masa yang lama dan sehingga kini dia masih lagi terasa gatal dan pedih terutamanya di kawasan pelipat.

“Saya perlu berpantang supaya luka melecur cepat sembuh. Setakat ini semuanya berada dalam keadaan baik namun saya tak boleh berdiri lama kerana rasa seperti dicengkam akibat pertumbuhan kulit baru,”

Ali XPDC yang ditemui BH Online, gambar yang tular itu merupakan gambar ketika kejadian kebakaran baru sahaja terjadi pada penghujung Mac lalu. Pada mulanya, dia tidak mahu berkongsi foto tersebut kerana tidak mahu keadaan menjadi sensasi seperti yang berlaku pada ketika ini.

Advertisement

“Itu adalah gambar saya, tetapi ia ketika kejadian baru sahaja berlaku pada penghujung Mac lalu. Ketika itu saya tidak berkongsi pada sesiapa kerana tidak mahu ia tular seperti hari ini. Apabila tular, ramai rakan menghubungi saya membuatkan saya tidak boleh berehat. Sekarang apabila beransur pulih, kawan minta izin muat naik dalam FB sebagai iktibar. Saya izinkan.”

Rakannya itu juga turut memohon sumbangan derma orang ramai bagi membantu mengurangkan beban Ali, namun dia tidak berniat menagih simpati sebaliknya mahu menjadikan peristiwa itu sebagai iktibar buat orang di luar sana.

 

View this post on Instagram

 

Hr terakhir XPDC di bumi MADINAH#albumbaruxpdc2018#ibnuritravel

Advertisement

A post shared by XPDC (@officialxpdc) on

 

View this post on Instagram

 

XPDC IN PARIS

Advertisement

A post shared by XPDC (@officialxpdc) on

Ali XPDC juga bersyukur atas keprihatinan orang ramai dan gembira apabila ramai kawan lama muncul untuk bertanya khabar. Setelah kerajaan membenarkan aktiviti menziarah, ramai yang datang melawat dirinya di rumah serta menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban dalam membeli ubat-ubatan.

Mengimbas kembali, Ali yang melecur 30 peratus di bahagian muka,tangan dan kaki selepas membakar sampah di belakang rumahnya menggunakan Petrol. Dia yang susut berat badan sehingga turun sebanyak 20 kilogram dan juga sukar untuk tidur selepas kejadian mengerikan itu.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments