#Hiburan: Pendakwah Muda Jangan Sesuka Hati ‘Hentam’ Dan Hukum Seseorang Secara Terbuka – Iqram Dinzly

Lama juga tidak mendengar khabar tentang pelakon Iqram Dinzly yang sebelum ini dihimpit pelbagai kontroversi.

Kelihatan lebih tenang kini, Iqram ketika bertemu pihak media baru-baru ini terpanggil untuk mengulas isu tentang sesetengah pendakwah muda dan ustaz selebriti yang gemar mencar kesalahan orang lain di media sosial dan terlalu cepat menjatuhkan hukuman sewenangnya terhadap seseorang.

Pada pendapat Iqram, sebagai pendakwah yang mempunyai ilmu agama yang tinggi, mereka sepatutnya menjadi contoh yang baik dengan memberikan penerangan menggunakan ilmu yang mereka ada.

Pendakwah muda, jangan sesuka hati nak keluarkan dalil dan menjatuhkan hukum atas kesilapan orang lain secara terbuka. Sebabnya, anak muda kita ini banyak belajar daripada media sosial, mereka tak belajar berguru secara bersemuka dan bahaya bila mereka ambil bulat-bulat isi tersebut tanpa mengetahui maksud sebenar yang cuba disampaikan.

Pelik dengan sikap pendakwah yang suka menghentam seseorang secara terbuka, malah saya dapat tahu orang konon belajar agama tapi buat maksiat tipu orang sana-sini, apa tu?

Kata Iqram lagi, tidak ada manusia yang sempurna dan pastinya akan melakukan kesilapan dalam hidup. Dekati golongan ‘pendosa’ secara peribadi dan bukannya mengadili kesilapan mereka hanya berdasarkan apa yang mereka lihat di media sosial.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments