#Hiburan: “Perhubungan Kami Masih Baik, Walaupun Selepas Putus Tunang” – Intan Najuwa

Ramai peminat yang mula berteka-teki mengenai hubungan Intan Najuwa dan bekas tunang, Razrul Anwar Rusli selepas wanita itu bertindak memuat naik gambar yang kelihatan seperti lelaki tersebut di laman media sosial.

Enggan terus mendiamkan diri, Intan mengakui bahawa memang benar Razrul ialah gerangan lelaki di dalam gambar tersebut. Jelasnya, walaupun sudah putus tunang pada Februari lalu, hubungan mereka tetap baik.

“Kalau ada jodoh, adalah.”

intan najuwa dan razrul

Pelakon wanita itu turut menyatakan bahawa dia dan Razrul kini melalui kehidupan yang lebih matang. Meskipun tidak mengisytiharkan sama ada mereka sudah kembali bersama atau pun tidak, tetapi perhubungan mereka kekal baik.

“Saya tak mahu kalau cakap kembali bersama, nanti orang menganggap kami macam budak-budak pula.”

Jelasnya lagi, dia hanya akan mengikuti dan melihat arus perhubungan itu sampai ke mana. Selain turut menyatakan bahawa biarlah dia dan Razrul sahaja yang memahami mengenai hal tersebut.

intan najuwa

Bahkan Intan turut mendedahkan yang dia langsung tidak pernah bermasam muka dengan Razrul dan hubungan dengan keluarga mereka juga baik-baik sahaja.

Mungkin tidak sedar entri itu akan menarik perhatian orang ramai, wanita itu mengatakan bahawa gambar tersebut dimuat naik secara suka-suka dan bukan untuk menyemarakkan api kontroversi.

“Mohon doakan yang baik-baik buat kami.”

Semoga kasih antara Intan dan Razrul bertaut kembali!

Sumber: Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments