Mengambil pendekatan untuk mengenakan hijab setiap kali bertemu bulan Ramadan, nama penyanyi Zizi Kirana sering menjadi bualan netizen kerana berpenampilan sopan sepanjang bulan tersebut. Namun ramai juga kurang senang dengan tindakan Zizi yang tampil membuka semula tudung dan kembali dengan imej seksi.
Menurut Zizi, beliau mengambil pendekatan untuk berhijab sekadar mahu menghormati bulan Ramadan dan bukanlah bersifat kekal. Hal ini kerana, dirinya masih belum bersedia untuk bertudung.
Kata Zizi, dirinya sentiasa berusaha untuk berubah menjadi insan yang lebih baik dan berdoa agar Zizi bertemu jodoh yang baik serta tidak menolak andai dijodohkan dengan golongan kuat agama seperti ustaz.
Susulan pendedahan itu, Zizi akui ramai dalam kalangan ustaz mula mendekati dirinya. Malah akui terkejut menerima mesej peribadi daripada ramai lelaki yang mengatakan diri mereka seorang ustaz.
“Tidak dinafikan, ramai golongan ustaz mula mendekati. Saya sendiri terkejut apabila pengurus menunjukkan mesej peribadi yang dihantar ramai lelaki yang mendakwa diri mereka adalah ustaz.”
Bagaimanapun Zizi tampil menjelaskan dirinya kini lebih selesa memberi fokus kepada kerjaya terlebih dahulu. Malah mempersoalkan apa yang mereka nampak dalam dirinya hingga ingin berkenalan sedangkan Zizi akui golongan ustaz selalunya mencari pasangan yang menutup aurat.
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Zizi dikhabarkan menerima mesej lucah daripada seorang remaja bawah umur yang mahu mengajaknya melakukan hubungan seks, namun Zizi yang popular dengan sikap profesionalnya tampil menggunakan pendekatan berdiplomasi dengan menasihatkan insan tersebut supaya menumpukan perhatian kepada pelajaran.
Sumber: BH Online
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments