#Hiburan: (TAKZIAH) Nadya Syahera Keguguran Anak Kembar

Biarpun nama pelakon Nadya Syahera agak suram dalam industri hiburan tempatan. Namun sehingga kini perkembangan rumah tangganya sering mendapat perhatian netizen khususnya pengikut di laman Instagram.

nadya syahera gugur

Menjengah ke salah sebuah entri yang dimuat naik di akaun suaminya Fizul Nawi, Nadya dikhabarkan telah mengalami keguguran bayi kembar mereka.

View this post on Instagram

bukan rezeki kita kali ni yg @nadyasyahera .. walaupun dalam hati dah lama nk anak kembar. . 👶🏻👶🏻 . doakan wife sy sihat ya 🤲🏻 . #kegugurankandungan #babytwins

A post shared by FN®🐜 (@fizulnawi_) on

“Bukan rezeki kita kali ni sayang… Walaupun dalam hati dah lama nak anak kembar.”

Menerusi kemas kini terbaharu, suaminya juga sempat berkongsi foto imbasan bayi kembar tersebut dengan menitip kapsyen seakan sedih mendengar berita tersebut.

Bagaimanapun, entri tersebut mendapat perhatian pengikut mereka. Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen menzahirkan pelbagai reaksi.

Meskipun sebelum ini rumah tangga pasangan ini dikatakan sering ditimpa pelbagai masalah, namun peminat Nadya dilihat turut mendoakan agar dirinya terus kuat menghadapi segala dugaan dan ujian yang menimpa beliau dan keluarga.

nadya syahera gugur

Untuk rekod, Fizul yang gagal mempertahankan perkahwinan pertama dahulu telah selamat diijab kabulkan bersama Nadya pada 25 September 2015.

Perkongsian hidup kali kedua bersama Nadya itu telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose dan Mohamad Dayyan.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments