Walaupun membesar di bawah jagaan Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin, 11, dan Airit Qaqa Arjuna, 9 tidak pernah berasa kekurangan kerana memiliki bapa saudara yang mengambil tempat sebagai ‘bapa’ mereka.
‘Pak Long’ dan ‘Pak Su’ mereka langsung tidak lokek dan sering mengambil berat mengenai perkembangan kedua-dua anak Rita Rudaini tersebut meskipun mereka duduk jauh di antara satu sama lain.
Malahan Rita menyifatkan anak-anaknya cukup bertuah kerana mendapat kasih sayang yang tiada bezanya seperti anak sendiri daripada bapa saudara mereka.
“Apa yang anak mereka dapat, anak saya pun akan dapat. Mana pernah mereka lupa seinci pun anak-anak saya. Kasih sayang mereka tiada sempadan.”
Walaupun hanya memegang status sebagai bapa saudara, tetapi Rayyan dan Arjuna mengingati sesiapa yang sentiasa berada bersama mereka semasa kecil. Apabila lama tidak bersua muka, sudah pasti mereka akan meluahkan rasa rindu.
“Rasa yang ada dalam diri anak-anak terhadap bapa saudara mereka ni memang kasih sayang sejati. Senyuman dan mata bahagia mereka dapat saya rasa.”
Bahkan Rita sendiri tidak lupa untuk mengingatkan kedua anaknya yang kasih sayang tidak dapat dijual beli dengan wang ringgit. Kasih sayang yng diberikan oleh bapa saudara mereka seharusnya diingati sampailah dewasa nanti.
Rayyan dan Arjuna dikira beruntung kerana dicurahkan kasih sayang lebih daripada seorang figura ‘ayah’.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments