#Hiburan: Kumpul Saham Akhirat, Awie Bantu Artis Veteran Terlantar Sakit

20 ahli kumpulan Wings Motor Gang Society (WMGS) dan Kelab Wings bersama Datuk Awie melakukan kerja amal dengan menziarahi rumah penggiat seni serta artis veteran yang memerlukan bantuan bagi meringankan beban yang menimpa golongan ini.

awie bantu artis veteran

Kredit – Harian Metro

Menurut Awie, beliau menziarahi pelakon veteran Amran Tompel yang kini dikhabarkan terlantar sakit akibat serangan angina ahmar sejak lebih tiga bulan di rumah sewa anaknya di Taman Matahari Height, Senawang.

Tambahnya, ia merupakan usaha bagaimana beliau bersama rakan permotoran membantu artis yang kesusahan atau tidak lagi aktif kerana berdepan masalah kesihatan.

“Ini satu petanda yang baik dan sebagai rakan artis, saya bersyukur kerana dapat bersama dalam program amal seperti ini.”

Ujar Awie, golongan artis perlu bersatu hati dan saling membantu kerana di masa akan datang kita tidak tahu apa yanga kan berlaku kerana kerjaya sebagai anak seni ada pasang surutnya.

awie bantu artis veteran

Bagaimanapun, WMGS dan Kelab Wings akan berusaha membantu mengikut kemampuan, bukan sahaja membabitkan kalangan artis tetapi juga golongan kurang bernasib baik terutama anak yatim.

Untuk rekod, program amal yang dilakukan Kelab Wings akan berterusan bagi membantu pekerja seni yang memerlukan. Malah Awie juga bercadang akan menziarahi rakan artis yang tidak sihat  Hamid Gurkha dan ahli kumpuan EXPDC serta balu kepada Allahyarham Yazid (Search).

Sumber: Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments