Pelakon kacak, Aeril Zafrel baru-baru ini meluahkan rasa kekecewaan apabila dituduh menunjuk-nunjuk ketika berkongsi amalannya membayar zakat setiap bulan berbanding setahun sekali sebelum ini.
Suami kepada aktres Wawa Zainal itu menulis perasaan kecewanya itu di laman instagram pada khamis lalu. Dalam entri itu, dia mengatakan orang ramai tidak patut menjadikan hal itu sebagai punca kebencian masyarakat terhadap dirinya.
Perkongsiannya yang sebelum ini mengajak orang membayar zakat dan sentiasa istiqamah dalam melaksanakan rukun islam itu disalah erti oleh sesetengah netizen yang mengganggap Aeril tidak ikhlas dalam melakukan ibadah tersebut.
Pelakon drama Seindah Tujuh Warna Pelangi ini berkongsi tangkap layar komen negatif netizen yang menyifatkan tindakan Aeril hanya untuk ‘marketing’ dan kepentingan diri sendiri.
Dalam kapsyen entri berkenaan, Aeril meminta kepada orang ramai di luar sana supaya tidak menjadi asbab dalam menyebarkan kebencian.
“Niat itu urusan hati, HATI itu urusan ilahi,”- Aeril Zafril
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments