Pelakon yang kini semakin rancak membuat ‘comeback’ di persada seni, Fizo Omar mendedahkan bahawa dia menerima tawaran bernilai tinggi hanya dengan menjadi peneman untuk satu malam.
Dia juga memberitahu peminat di luar sana mengenai sindiket penipuan ini di laman instagram miliknya apabila Fizo ada berkongsi satu tangkap layar perbualan antara dirinya dengan individu terbabit.
Malah, dia juga pernah beberapa kali menerima tawaran untuk dibayar beribu-ribu ringgit hingga ada yang sanggup memasukkan duit ke dalam akaunnya sebelum bersemuka.
Fizo yang sememangnya sudah menyedari bahawa itu hanyalah satu sindiket penipuan turut mempersoalkan motif individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini.
“Kadang-kadang ada terfikir juga motif mereka ini? Ada tu siap minta nombor akaun nak masukkan duit dulu kemudian baru jumpa depan-depan. Barang recond macam saya pun ada harga, kalau yang brand new dan wanita-wanita pula tak tahulah berapa kan?”
Menerusi tangkap layar tersebut, Fizo turut membalas tawaran individu terbabit dengan meminta agar akaun terbabit mendermakan wang yang mahu diberikan kepadanya kepada insan yang lebih memerlukan.
Tambahnya lagi, dia mendakwa perkara seperti itu tidak aneh dan wujud dalam kehidupan seharian. Dalam akhir perkongsian tersebut, Fizo turut memesan kepada orang ramai supaya mengamalkan sikap menjaga diri sendiri sebelum sibuk menjaga hal tepi kain orang.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments