#Hiburan: Beli HUAWEI Y6p Dengan Skrin Serta Bateri Besar Pada Harga RM499 & Berpeluang Menangi Sebahagian Daripada Hadiah Berjumlah RM2,000,000 Termasuk 3 Buah Proton X70 di HUAWEI AppGallery Carnival

Ha amcam banyak tak dapat duit raya tahun ini? Sekiranya anda bercadang nak membeli sebuah telefon pintar baharu menggunakan duit raya tersebut, Abang Nara nak cadangkan HUAWEI Y6p yang mempunyai skrin BESAR, bateri BESAR dan gaya BESAR yang pasti memberikan anda kepuasan untuk bersosial sesuka hati.

Lebih menarik, dengan membeli HUAWEI Y6p yang CUMA berharga RM499 (Tawaran ini sah untuk 1 hari sahaja pada 19 jun)!

anda berpeluang untuk menang hadiah berjumlah RM2,000,000 termasuklah 3 buah kereta Proton X70. Ini semua bersempena Karnival HUAWEI AppGallery yang bakal bermula pada 19 Jun (ESOK) sehingga 30 Jun ini.

Untuk makluman, karnival yang dikenali dengan nama Karnival HUAWEI sebelum ini membolehkan anda merasai pelbagai pengalaman hebat seperti bermain “game”, menebus hadiah serta mencuba sendiri telefon pintar HUAWEI di kompleks membeli-belah seluruh Malaysia sambil mengamalkan penjarakan sosial.

Tapi kenapa Abang Nara cadangkan anda membeli HUAWEI Y6p dengan duit raya korang? Ha ini sebab-sebabnya:-

Bateri besar, skrin besar & gaya besar

HUAWEI Y6p hadir dengan 3 pilihan warna iaitu Emerald Green, Phantom Purple dan Midnight Black, HUAWEI Y6p pasti menyerlahkan gaya anda terutama ketika mengambil OOTD.

C:\Users\l84159494\AppData\Local\Microsoft\Windows\INetCache\Content.Word\skrin besar.png

Ditambah pula dengan skrin sebesar 6.3 inci, anda boleh melayan drama Korea kegemaran anda pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja sepuas hati, lebih-lebih lagi anda bakal memperolehi langganan premium applikasi Viu 2 bulan PERCUMA apabila membeli HUAWEI Y6p ini.

C:\Users\l84159494\AppData\Local\Microsoft\Windows\INetCache\Content.Word\viu.jpg

Selain itu, HUAWEI Y6p dijana dengan kapasiti bateri 5,000mAH yang membolehkan anda memuatnaik gambar di media sosial walaupun selepas seharian menatap wajah hensem Hyun Bin di Viu.

BERITA BAIK. Sekiranya anda membeli HUAWEI Y6p pada 19 Jun, harga jualannya ialah RM499 (harga asal ialah RM559). Tawaran ini sah untuk 1 hari sahaja. Dengan pembelian tersebut, anda juga berpeluang memenangi hadiah bernilai RM2,000,000 termasuklah 3 buah Proton X70, 500 buah skuter elektrik “The Starlight V2” (bernilai RM1,099 setiap satu) dan macam-macam lagi menerusi HUAWEI AppGallery Carnival.

Banyak lagi hadiah & ganjaran untuk dimenangi

Selepas anda membeli HUAWEI Y6p, jangan pulang terus ke rumah. Pelbagai aktiviti bersempena Karnival AppGallery telah disediakan untuk anda nikmati bersama kawan-kawan dan keluarga tercinta.

Anda boleh cuba terus kehebatan kamera 13MP HUAWEI Y6p anda dengan mengambil gambar di gerai Naruto yang telah disediakan di Karnival HUAWEI AppGallery ini. Jangan lupa untuk belajar tips-tips mengambil gambar yang betul di gerai HUAWEI Experience. Tanya je segala soalan anda dan mereka yang bertugas pasti akan membantu.

Camner nak menang Grand Prize?

Ok untuk memastikan anda tidak keliru, Abang Nara kongsikan satu persatu langkah yang perlu anda lakukan untuk berpeluang memenangi Grand Prize Karnival AppGallery ini iaitu Proton X70:-

  1. Beli HUAWEI Y6p pada tarikh 19 Jun – 30 Jun di mana-mana Karnival AppGallery seluruh Malaysia (kalau beli pada tarikh 19 Jun harganya RM499 sahaja. Selepas itu harga adalah RM559)
  2. Imbas QR code atau daftar masuk di sini
  3. Jawab satu soalan mudah dan masukkan butiran peribadi anda
  4. Sertakan sekali resit pembelian HUAWEI Y6p anda.
  5. Tunggu pengumuman pemenang di Facebook HUAWEI Malaysia pada 24 Julai 2020

Ha, last but not least, jangan lupa simpan resit asal untuk memastikan anda adalah pemenang yang sah. Kalau resit hilang, menangis air mata darah pun tak berguna.

Maklumat lanjut tentang Karnival AppGallery disini atau Facebook HUAWEI Malaysia. Semoga murah rezeki anda.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments