#Hiburan: Fathia Latiff Kembali Berhijab Bukan Untuk Cari Publisiti

Pernah terjerumus dalam episod hitam buat sementara waktu, pelakon Fathia Latiff mengakui kesilapannya dan kini sudah pun membuka lembaran hidup baru.

Walaupun pernah mengenakan hijab buat sementarra waktu suatu ketika dahulu, wanita itu kemudian membukanya dengan alasan dia tidak mahu menipu diri sendiri dan berasa ‘terpaksa’ semasa menyarungkan tudung pada awalnya.

fathia latiff bertudung

Selepas setahun berlalu, ramai mula tertanya-tanya apabila Fathia Latiff mengesahkan bahawa dia kini sudah kembali mengenakan hijab dan memohon maaf atas kesilapan lalu.

Pun begitu, ada sahaja mulut jahat yang menuduh pelakon ini hanya bertudung kerana mahu mencari publisiti selain untuk memudahkannya mendapatkan tawaran berlakon.

Tidak mahu berkongsi panjang, Fathia Latiff menolak dakwaan tersebut dan mengatakan penghijrahan itu merupakan urusan peribadi di antara dia dan Allah sahaja.

“Saya takut sebenarnya bila orang cakap saya nak pakai tudung sebab publisiti. Terpulang pada orang ramai nak percaya atau tidak, itu terpulang.”

fathia latiff bertudung

Meskipun sudah lama berkecimpung dalam dunia seni, pelakon wanita itu jujur mengakui bahawa bukan suatu perkara yang mudah untuk menghadam segala kecaman daripada netizen.

“Jujur saya cakap bukan senang. Saya akan cuba sedaya upaya bukan sebab orang lain tapi kerana Allah dan diri sendiri.”

Bukan sahaja para peminat yang meminta agar Fathia Latiff kekal bertudung selamanya, malahan wanita itu sendiri menanam harapan agar dia terus istiqomah dengan penampilan baru ini.

Semoga Fathia Latiff terus cekal dan gembira dengan perubahan yang baik ini.

Sumber: Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments