#Hiburan: Baru Dapat Balik Beraya, Ashraf Muslim Meriah Sedondon Dengan Kedua Isteri, – “Moga Allah Tak Tarik Kasih Sayang Antara Kami”

Beberapa hari lalu, pelakon Ashraf Muslim baru berkesempatan meraikan hari raya Aidilfitri bersama keluarga besarnya setelah beberapa bulan tidak berjumpa.

Dia yang sebelum ini dikuarantin kerana positif dijangkiti COVID-19 setelah pulang dari menjalani penggambaran sebuah drama bersiri di Scotland, penghujung Mac yang lalu.

Ashraf berkongsi kemeriahan sambutan perayaan Aidilfitri tahun 2020 dengan memuat naik beberapa keping foto di laman instagram miliknya. Berpakai sedondon rona ungu dan hijau, jelas terpancar kebahagiaan di wajah suami kepada Noor Dayana Lokman dan Wak Sakinah Ahmad Saburi ini.

Advertisement

“Weekend baru ni balik kampung jumpa keluarga dan dapat berkumpul bersama-sama setelah berbulan-bulan tidak berjumpa. Seronok rasanya. Semoga Allah tidak menarik kasih sayang dan hidayah yang telah diberikan kepada kami selama ini dan lindungilah kami Ya Allah,”

View this post on Instagram

Setiap kali raya memang ditunggu-tunggu sbb setiap tahun akan membawa cerita yg berbeza-beza. Alhamdulillah dalam keadaan pkp AM sangat bangga dan sangat berterima kasih kepada mama ibu kerana bertungkus lumus bersama-sama meraikan Hari Raya kali ini dgn bahagianya. Malam raya dah sibuk masak, Pagi-pagi raya makan rendang ayam dan kuah kacang yg sedap sgt sampai kami anak beranak dah malas nak keluar.. heheh boleh buat berniagalah lepas ni heheh.. sampai solat raya pun kul10.30pagi. Anak-anak pulak happy sgt sampaikan terpaksa berperang ngn anak-nak dulu utk siapkan dierg.. tapi itulah moment yg indah semasa mereka kecil nih…Ya Allah terima kasih kerana memberi pinjaman kekasih-kekasih hati AM yang sentiasa bersama-sama dgn AM selama ini. Ya Allah tenangkanlah hati mereka dan bahagiakanlah mereka bersamaku dan tingkatkan darjat isteri-isteriku ini dimatamu ya Allah… amin. Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin. . . #SelamatHariRayaMaafZahirBatin @ashrafslegacy #salamsayangsampaikesyurga #CovidFighter

Advertisement

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on

 Dia yang sebelum ini dirawat dan dikuarantin di hospital Sungai Buloh setelah positif wabak pandemik itu sejak 12 April lalu.Ashraf dan isteri-isterinya itu kini bahagia dengan kurniaan empat cahaya mata hasil perkahwinan mereka.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments