#Hiburan: Tak Kena Dengan Citarasa, Cik B Tolak Hadiah Barangan Mewah Daripada Dato Seri Vida

Selepas ibunya, Dato’ Seri Vida menjadi terkenal dengan ‘tagline’ kosmetiknya, nampaknya anak DSV pula semakin dikenali ramai kerana gaya dan penampilannya yang mencuit hati.

View this post on Instagram

 

MORNING SEMUA. . ADA YG DAH G BERCUTI KE? . ADA YG PLAN NAK G MANA MANA? .

Advertisement

A post shared by ???? ?????® ?????? (@cikb_havoc66) on

 Anak gadis DSV yang lebih dikenali sebagai Cik B baru-baru ini kembali menjadi perhatian netizen apabila dia menolak pemberian ibunya yang ingin menghadiahkan Cik B beberapa barangan berjenama mewah.

Berbeza dengan gadis remaja yang sama umur dengannya, Cik B dilihat lebih gemar berpakaian ringkas dan tidak gemar bersolek seperti gadis-gadis lain.

Dia yang memuat naik tangkap layar perbualan Whatsapp bersama ibunya di laman sosial twitter ternyata telah menarik perhatian warga maya. Menerusi perbualan itu, Cik B seboleh-bolehnya menolak hadiah berjenama mewah seperti Christian Dior pemberian ibunya itu.

Advertisement

Selain beg tangan, DSV juga mahu membeli hadiah seperti beg sandang serta kasut sukan yang harganya mencecah ribuan ringgit. Walaubagaimanapun, Cik B berkata dia tidak berminat dengan barangan tersebut malah menganggap ianya satu perbuatan membazir.

Cik B yang kini berusia 15 itu turut mendapat pujian netizen kerana dilihat sentiasa merendah diri walaupun dilahirkan dalam keluarga yang berada.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments