#Hiburan: Mengidam Nak Mandi Swimming Pool, Suami Tunaikan Permintaan Eyra Hazali

Mengidam untuk mandi manda di “swimming pool”, pelakon Eyra Hazali zahir rasa gembira selepas perkara itu ditunaikan oleh suaminya Muhammad Haziq Nadzli yang juga merupakan penjaga gol skuad bola sepak bawah 23 tahun negara.

eyra hazali mengidam mandi swimming pool

Menurut Eya, beliau mula mengidam sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun terpaksa dipendam disebabkan keadaan tidak mengizinkan.

“Masatu kami tak pindah rumah lagi, masih di kondonimium. Saya tak meletakkan harapan yang tinggi walaupun ramai cakap ibu mengidam ni kena ditunaikan. Saya pun tak memaksa Haziq.”

Kata Eyra, semasa keluar ke pusat membeli belah, beliau disapa suami untuk belikannya “swimming pool”, namun perkara itu ditolak oleh Eyra kerana dikhabarkan tidak penting. Bagaimanapun, situasi itu bertukar menjadi gembira selepas suaminya bertindak membeli juga bagi mengubati permintaan isteri.

eyra hazali mengidam mandi swimming pool

Kredit – Gempak

Malah, pelakon itu sempat menyatakan sepanjang berbadan dua kini, perkara tersebut merupakan “mengidam” paling pelik pernah dirasainya.

“Saya rasa itu ja mengidam yang paling pelik. Biasalah ibu mengandung ini. Saya bukan seorang perenang, tak suka juga untuk pergi ke Taman Tema Air tapi tetiba perasaan tu nak.”

eyra hazali mengidam mandi swimming pool

Untuk rekod, Eyra dan Haziq telah melangsungkan pernikahan pada 1 November 2019. Pasangan itu juga dikhabarkan bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi selepas Eyra mendedahkan usia kandungannya kini telah mencecah 32 minggu.

Sumber: Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments